Peninggalan bersejarah Istana_Osaka

Pintu Gerbang Ōtemon. Di atasnya terdapat Tamon YaguraMenara pengawal Sengan Yagura
  • Pintu Gerbang Otemon

Di sudut barat daya Ninomaru, terdapat Pintu Gerbang Otemon (Gerbang Besar) yang merupakan pintu masuk utama ke seluruh kompleks istana. Menara pengawal yang ada di atas Pintu Gerbang Otemon disebut Tamon Yagura. Di sebelah utara Tamon Yagura terdapat menara pengawas bertingkat dua Sengan Yagura dengan gaya seni bina zaman Tokugawa.

Batu Gurita (Takoishi)
  • Pintu Gerbang Bunga Sakura (Sakuramon)

Sakuramon adalah pintu gerbang ke bahagian selatan benteng utama (Honmaru) yang diperkuatkan oleh tembok batu yang di atasnya terdapat menara pengawal (Yagura). Pintu gerbang Sakuramon merupakan contoh pintu gerbang bergaya Masugata, kerana dikelilingi tembok di empat sisi, menyerupai tempat beras (bahasa Jepang: Masu). Pintu gerbang Sakuramon juga merupakan hasil pemulihan kerana bangunan asalnya habis terbakar pada zaman pemulihan Meiji.

Tembok yang terdapat di sebelah utara dibina dari batu-batu berukuran gergasi. Batu yang terbesar berukuran 59,4 meter persegi yang disebut Takoishi (Batu Kurita). Takoishi merupakan batu terbesar yang pernah digunakan dalam membangun tembok istana di Jepang. Selain batu Takoishi, juga terdapat batu-batu besar lain, seperti batu yang diberi nama Furisodeishi (Batu Kimono Lengan Panjang Anak Perempuan).

  • Ichiban Yagura dan Rokuban Yagura

Di depan pintu gerbang Sakuramon terdapat jambatan yang melintasi parit kering (Karahori) yang memisahkan Honmaru dan bahagian selatan Ninomaru. Di zaman Tokugawa, terdapat 7 menara pengawal (Yagura) yang ada di setiap sudut wilayah Ninomaru, tetapi kini hanya tinggal dua menara pengawal yang ada: Ichiban Yagura (menara pengawal nombor 1) dan Rokuban Yagura (menara pengawal nombor 6).

  • Telaga Kinmeisui

Di samping menara utama Istana Osaka terdapat telaga tua bernama Kinmeisui yang dalamnya 33 meter. Sehingga kini, telaga Kinmeisui masih terus mengeluarkan air dan tak pernah kering. Konon di dasar telaga dahulunya diletakkan kepingan-kepingan emas yang berfungsi sebagai penawar racun sekirantya ada musuh yang berusaha untuk meracuni air telaga.

Menara Pengawas Inui (Inui Yagura)
  • Taman Nishinomaru

Di baagian sebelah barat Ninomaru terdapat kawasan yang disebut Nishinomaru. Dahulunya, Taman Nishinomaru yang terdapat di sebelah selatan Ninomaru merupakan rumah tinggal pegawai istana. Pada musim bunga, Taman Nishinomaru sangat terkenal dengan bunga Sakura jenis Someiyoshino. Di dalam Taman Nishinomaru terdapat bekas gudang (Ensho Gura) dan menara pengawal bernama Inui Yagura (dibina pada tahun 1620) yang merupakan bangunan tertua yang terdapat di Istana Osaka.

  • Wilayah Ninomaru dan Jembatan Gokurakubashi

Jambatan Gokurakubashi yang ada di atas Parit Dalam (Uchibori) merupakan tempat bergambar yang paling popular oleh pelancong yang baru saja sampai di Istana Osaka. Jambatan ini menghubungkan wilayah Yamazatomaru (yang ada di sebelah barat Honmaru) dengan Ninomaru. Di bahagian timur Ninomaru terdapat Taman Bunga Plum yang memiliki lebih dari seribu batang pokok dari 80 jenis pohon Plum. Pada awal Januari hingga Mac iaitu ketika bunga Plum sedang mekar, taman ini dikunjungi pelancong yang datang untuk menikmati keindahan dan keharuman bunga Plum.

Berkaitan